Search This Blog

Wednesday, September 29, 2010

DESIR SANG PERINDU..mar

Bismillahirahmanirrahim
salam seindah mentari dhuha yang memancarkan sinar keimanan,
salam seharum kasturi keislaman yang menebar haruman ketakwaan pada hati-hati yang merindui sang Rabbi,
salam kasih penuh kerinduan
dan salam sayang penuh kesyahduan
.
sahabat-sahabt yang amat mar cintai dan kasihi..
apa agaknya kabar kalian semua?
mudah-mudahan kalian berada dalam lembayung kebahagian dan ketenangan yang padanya dihiasi sulaman kerinduan dalam mengintai keredhaan Maha pencipta
sahabat-sahabatku,
dari kejauhan aku menjasadkan kata yang bersenandung di balik jiwa,
meski sukar namun ku usaha jua..
cuba untuk menterjemahkan kerlungan rasa yang menusuk -nusuk..
sahabat-sahabatku,
apakah jejarum kerinduan yang menyuntik-yuntik diriku ini, turut jua kalian rasai?
duhai sahabat-sahabatku,
meski kerinduan ini membebankan, namun ku bersyukur
kerna hadirnya rindu ini
itu adalah tanda laskar kasih
yang memekar bunga sayang di dalam hati
mar sayang kalian..
DOAKU SAAT MERINDUI
KALIAN
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..








1 comment: